Tuesday, January 26, 2010

Mewujud sfera demokrasi siswa yang bebas!

0 comments


Oleh: Mohd Hasif Wan Muhamat Ali*

Sudah lama tidak menulis dan menyentuh mengenai alam kemahasiswaan. Namun hati tetap riang melihat adik-adik pejuang-pejuang muda yang lahir dan sedar atas kalimah keramat kemahasiswaan mula bangkit menyentak dan menggertak pimpinan-pimpinan Negara dalam segala macam isu menjengah awal tahun 1431H dan Januari 2010 ini.

Mahasiswa ini di perkatakan dalam segala macam. Ada yang menganggap golongan ini sebagai “budak-budak nakal baru belajar” dan tak kurang juga menjunjung mahasiswa sebagai aset penting kepada Negara. Bila mahasiswa bertindak agresif dan aktif, di labelnya sebagai “nakal dan masih belum cukup umur”, bila mahasiswa lesu dan berdiam, di labelnya “lemah dan setanding dengan peranan kemahasiswaan dulu-dulu kala”.

Kesarjanaan yang ujud dalam diri mahasiswa kini juga di perakui tidak menyerlahkan kewibawaan mereka sebagai “sel-sel mitotic” yang berkembang halus mengepalai masyarakat.

Kerajaan (persekutuan mahupun negeri2) mutakhir ini di lihat memberi penekanan minimum terhadap kemahasiswaan pelajar-pelajar di IPTA mahupun di IPTS. Parti-parti politik nasional kerajaan dan pembangkang berduyun-duyun turun ke kampus berlumba menanam dan membenihkan idealisme karut dan sempit ke dalam otak, hati dan usus mahasiswa. Demokrasi di tunggang terbalikkan dalam selera dan pemahaman jahil mereka.

Memaniskan hati mahasiswa, di tubuhnya Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), di adakan pertemuan-pertemuan plastik dengan pimpinan mahasiswa kononnya suara mereka di dengar dan di bawa ke pihak atasan. Dogengan ini terus di mainkan lagi menerusi rancangan Suara Siswa kendalian Fadzley Yaacob (seorang yang cukup mentah dan masih bayi dalam menafsirkan alam kemahasiswaan nasional). Panel-panel yang di jemput sekadar menjadi bahan gelak ketawa masyarakat. Kalau ada yang sedikit kritikal pun mungkin daripada UPM dan UM yg dilihat serba memahami senario kemahasiswaan kebangsaan.

Mengapakah ruang lingkup untuk mahasiswa beraksi dalam kancah dan kemelut masyarakat terhenti setakat ini sahaja? Apakah MPPK, MPP2, Suara Siswa dan beberapa penubuhan front-front mahasiswa dengan segala junta-junta dan askar-askarnya sudah mencukupi?

Realitinya, berapa banyakkah suara-suara yang “berdegar-degar” di hujahkan dalam siri-siri forum dan pertemuan dengan pak-pak menteri atau timbalan menteri yang benar-benar di ambil kira? Kalau ada pun, ianya bukanlah satu keputusan dan hakikat yang mutlak.

Mengambil contoh di Indonesia di mana suara kemahasiswaannya tetap utuh biar cubaan menghancur lumatkan gerakannya kian di perhebat pemerintah. Begitu juga Negara-negara maju seperti Hong Kong dalam lawatan saya ke sana baru-baru ini menampilkan mahasiswa begitu aktif mengambil peranan dalam menangani masalah ‘employability‘ dan keadilan sejagat.

Lain halnya di Vietnam, walaupun mahasiswanya masih dalam jaringan idealisme komunisme ala marxis-leninisme, mereka juga masih garang dalam memerhati dan mengambil bahagian khususnya dalam membentuk dasar-dasar kerajaan. Di India, sebagai contoh di MIT, Madras, mahasiswanya telah berjaya membentuk satu kesatuan yang besar khususnya dalam merangka polisi dan bertindak sebagai ejen penguatkuasaan rakyat dalam menentang korupsi dan penyalahgunaan kuasa oleh rakyat.

Hakikat ini perlu di sedarkan kepada seluruh mahasiswa IPTA/IPTS Negara supaya tidak lagi terikat dalam kerangka akademik, ilmiah dan politik semata-mata tetapi harus di jalur-lebarkan lagi supaya dapat terlibat dalam pengubahsuaian polisi dan dasar Negara yang lebih mapan dan berkesan.

Menjelang 2020 sedekad lagi, mahasiswa-mahasiswa ini lah yang berpotensi meruntuh dan meroboh atau menjaya dan memajukan Negara. Andai konkrit kita tanamkan, kukuhlah ia. Andai buluh betung di ikat raffia kita pertaruhkan, robohla ia.

Sunday, January 17, 2010

PRK KUIS: INSYAALLAH ADA KELAINAN...

0 comments



Bahang Pilihanraya Kampus (PRK) makin terasa. Di mana-mana kampus tak terkecuali KUIS bercakap mengenainya. Namun, dapat dirasakan PRK khususnya di KUIS akan ada kelainan berbanding dengan PRK sebelumnya.

STUDENT POWER!

STUDENT POWER!

STUDENT POWER!
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com