Sunday, November 8, 2009

TAHNIAH GMS, ANDA BERANI!

0 comments
Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)


Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pengerak Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) atas usaha murni membantu mahasiswa KUIS yang sudah terlalu lama menunggu suatu gerakan daripada mahasiswa sendiri untuk membawa isu yuran ini dengan lebih serius. Walaupun khadam aman palestin mengatakan ianya adalah gerakan sebahagian kecil mahasiswa, namun kehadiran lebih 2500 mahasiswa sewaktu penyerahan memorandum dapat menjawab betapa kecilnya usaha GMS ini. (harap2 khadam aman palestin boleh dapatkan video perhimpunan dan perarakan aman GMS jumaat lalu)

Oleh kerana MPM tidak dilihat lagi sebagai wadah untuk mahasiswa KUIS bergantung harap sebagai wira mereka, maka kemunculan GMS sangat tepat pada masanya, dan kerna profesional dan progresifnya GMS ini, menyebabkan pengurusan tidak senang duduk malah beberapa meeting tergempar khabarnya telah diadakan sesama mereka sejak GMS muncul sebagai pendesak agar mereka lebih serius menangani isu yuran yang sangat membebankan. InsyaAllah tidak lama lagi mereka akan mengumumkan penurunan harga yuran.

Saya mungkin dilihat sebagai pro GMS dan sememangnya saya akan sangat pro kepada mana-mana badan mahasiswa yang bersedia mengempur pihak pengurusan yang selama ini mempermainkan mahasiswa, hatta MPM pun diperguna seumpama budak kecil apabila dengan mudahnya MPM ini dibuli oleh JPM dan digulakan oleh Khairi.

Kasihan saya mendengar sendiri dari Presiden MPM bagaimana JPM 'bermain silap mata' dengan mereka mengenai banyak perkara dalam isu kebajikan, minggu taaruf,blazer MPM dan lain-lain lagi. Namun apa yang sangat dikesali, apabila MPM dengan mudah 'memaafkan' kesalahan mereka dengan mengorbankan amanah yang mahasiswa beri selaku perwakilan di MPM. Paling hebatpun MPM akan berjumpa dengan Prof Dato' Rektor dan dengan hangat2 tahi ayam JPM pun mula bekerja dan baik dengan mereka, tapi itulah hangat2 tahi ayam. Panas sekejap lepas itu sejuk membeku dan JPM pun mula mengulangi.

Pada hemat saya, sudah2lah kita bersikap lunak dengan mereka, sedang mereka dalam kelunakan kita memijak2 kepala. Adakah kita tidak punyai maruah membiarkan hak kita dicabuli didepan mata? Saya rasa MPM sedarkan akan hal ini.

Maka apalah salahnya MPM menyokong kerja murni GMS ini secara terbuka,jika pun tidak mampu bersama mereka yang terang-terang menanggung risiko tindakan tatatertib akibat mengenengahkan isu mahasiswa ini. Iyelah, itupun jika MPM hendak senang2 dalam berjuang untuk mahasiswa seperti yang ditulis dalam blog khadam aman palestin diblognya. Kalau nak diikut tulisan dalam blog khadam, 'kalau nak senang berjuang baik duduk diam2 dirumah'. Dengan kata mudah jika tidak mampu berada dihadapan, duduk dibelakang pun bolehlah.

Akhirnya, kepada GMS teruskan bekerja dan buat kerja. Jangan dilayan suara2 sumbang yang langsung tidak menambah pahala. Biarkan mereka menyalak sepuasnya, kerna sudah banyak masa yang kita berikan pada mereka untuk melakukan sesuatu,namun yang nyata mereka langsung tidak mampu berbuat apa2. Harapan yang mahasiswa berikan selama ini nyata palsu. Juga persiapkan segala kelengkapan ikut kemampuan untuk berhadapan risiko2 yang pasti menanti dihadapan,jika esok ditakdirkan akan ada korban di kalangan sahabat2 GMS, saya yakin pengorbanan itu tidak sia-sia InsyaAllah. Pengorbanan antum adalah untuk mahasiswa seluruhnya.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT 'membuang ILMU!'

0 comments


sempena peperiksaan akhir semester bagi pelajar KUIS, saya dengan rendah diri mengucapkan 'SELAMAT MEMBUANG ILMU DI ATAS KERTAS'...

Friday, August 7, 2009

Khutbah Jumaat 31 Julai 2009: Dibaca Oleh Bekas Imam 3 Masjid Al-Azhar KUIS

4 comments

الحمد الله رب العالمين، والعاقبة للمتقين ولا عدوان الا على الظالمين ، أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له ،له الملك وله الحمد وهو على كل شىْ قدير. وأشهد أن محمدا رسول الله، الرحمة المهداة،والنعمة المسداة، والسراخ المنير ، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابهوالتابعين إلى يوم الدين، أما بعد .فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ



Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian!

Mimbar Jumaat hari ini menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarang, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua kaki seseorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya.

Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.

Firman Allah swt :-

Maksudnya:"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami (mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran.

Sejak zaman berzaman, kegemilangan sebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka. Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi. Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang lebih realistik dan sistematik.Perjuangan Rasulullah tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW.

Sidang Jumaat sekalian,

Pemuda berada dicelah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat ‘kegilaan’ yang ada pada diri mereka. Semangat kegilaan bolehlah diistilahkan sebagai sebagai semangat ekstasi.

Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah datang dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak diluar kemampuan mereka.

Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam al-Syafie sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketika berusia 15 tahun.

Sidang Jumaat sekalian,

Ekstasi melahirkan satu perubahan atau boleh kita sebut sebagai reformasi. Fenomena Perubahan merupakan satu perkara lumrah alam dan setiap zaman memerlukan perubahan. Hal ini digambarkan oleh seorang ulama’ yang memelihara anjing dan beliau telah dikritik oleh para mazhab anutan beliau. Beliau lantas menjawab: ‘ Sekiranya guru kita berada dalam lingkungan kita pada masa sekarang, nescaya bukan sekadar anjing, bahkan singa pun kita boleh pelihara.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Setiap manusia, bahkan Negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan. Bangsa yang tidak berani berubah adalah bangsa yang lemah dan dayus dalam berijtihad. Negara yang tidak berubah adalah Negara yang kekal mundur dan tidak akan maju selamanya. Pemikiran lama akan tenggelam dengan pemikiran baru. Albert Einstein berkata: "Masalah zaman kita tidak mampu untuk diselasaikan oleh pemikiran zaman kita".
Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zaman acuh tak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke semasa tanpa mengira cercaan dan ugutan terhadap mereka.

Sidang Jumaat sekalian,

Hanya pemuda dan kepemudaan sahaja yang mampu mendokong perubahan. Tatkala para malaikat tidak sabar untuk menghumbankan bukit bukau keatas penghuni Taif yang mencerca Rasulullah SAW, lantas baginda menghalang niat para malaikat. Pandangan baginda ternyata jauh dan analitikal: "Boleh jadi lahir dari sulbi mereka, zuriat yang akan mengimani risalahku ini ";
Generasi mahasiswa merupakan generasi muda yang terkehadapan dan patut diutamakan dalam membentuk sebuah perubahan yang baru, dan ia perlu dimulakan dan dibentuk mulai sekarang.

Mahasiswa tidak seharusnya melihat sesuatu dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi mahasiswa perlu berpandangan jauh dan meluas, seolah-olah lautan yang tiada tepian, dengan ini sahaja barulah kita mampu membuka horizon pemikiran yang lebih luas dalam merencana masa depan.

Kita boleh mengambil contoh riak-riak perubahan yang berlaku di Turkey. Sepanjang mereka berpayung kepada system sekularisme, ekonomi mereka tidak berkembang dan hidup dalam suasana kucar kacir. Nama mereka tidak disebut sebagai sebuah Negara maju selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Tetapi selepas wujud generasi baru yang membawa pemikiran dan budaya hidup yang menongkah arus, maka kita dapati gelombang perubahan berlaku dengan pesat. Malah Turki merupakan Negara ke 6 termaju dalam Eropah dan Negara ke 16 didunia yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Apa yang paling menarik juga turkey merupakan Negara ke 13 yang paling menarik dan berdaya saing.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Umat Islam harus memiliki jiwa kepemudaan yang tinggi. Jiwa kepemudaan bukan hak milik pemuda semata-mata malah semua orang berhak untuk memiliki jiwa dan semangat kepemudaan ini. Jiwa yang senantiasa meronta-ronta untuk membuah pembaharuan dari semasa ke semasa supaya ummah tidak ketinggalan dan hanya mengikut dari belakang Jiwa kepemudaan ini juga perlu supaya kita tidak hanya memasang angan-angan seperti Mat Jenin, atau berperilaku seperti Si Luncai dengan labu-labunya.

Cukuplah, kita sudah tidak tahan dan sanggup didendangkan dengan cerita-cerita yang melembabkan pemikiran kita seperti Pak Pandir, Si Luncai, Lebai Malang sebagaimana di negara Arab yang mempopularkan kisah Juha, Abu Nawas dan 1001 malam, sedangkan barat sudah meluaskan empayar penguasaan mereka hingga ke angkasa lepas.

Orang kita melihat udara lalu terciptalah layang-layang, sedang barat mencipta kapal terbang. Orang kita melihat sungai untuk berenang sedang barat mencipta kapal. Orang kita melihat melihat bulan untuk menentukan tibanya Ramadhan dan Syawal tetapi barat melihat bulan lalu dijajahnya.Ubahlah dan jadilah pemuda yang mencipta sejarah bukan berbicara dan berbangga dengan sejarah.

Jadilah sebagaimana pemuda yang pernah diimpi oleh As syahid Hassan Al-Banna yang mana ruh mereka sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah,jasmaninya dilatih dengan latihan, maka ketika tunggulah saat kemenangan dan kehebatan ummat Islam.

Kata Tokoh Pejuangan Kemerdekaan Negara Allahyarham Dr Burhanudin Al-Helmi:-

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"

Sidang Jumaat dikasihi sekalian,

Esok 1 Ogos, Bandaraya kuala lumpur sekali lagi akan dibanjiri ratusan ribu manusia.Kita pun sudah maklum mengenai 2 perhimpunan raksasa anjuran 2 kumpulan yang bermatlamat berbeza, tetapi atas satu perkara. Satu akta yang sudah wujud 49 tahun lamanya. AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI @ ISA singkatannya. Maka Sempena perhimpunan aman esok, eloklah kita terutama golongan muda dapat turut sama menyertai perhimpuanan tersebut demi meraikan kebebasan bersuara dan berhimpun sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

Tetapi awas! Untuk menyertai perhimpunan tersebut, haruslah kita pandai memilih kumpulan mana yang harus kita bersama. Sama ada kita akan bersama dengan kumpulan yang ingin agar akta ini terus dikekalkan dengan alasan ia terbukti berkesan mengawal keselamatan negara atau kita ingin bersama kumpulan yang ingin agar akta ini dimansuhkankan atas sebab ia sudah mengatasi norma-norma kemanusiaan, akta tahan tanpa bicara,ditahan tanpa diberitahu apa salahnya,dan dibiarkan meringkuk dalam tahanan bertahun-tahun lamanya. menafikan hak seseorang yang merdeka untuk mendapat pembelaan,akta yang memisahkan kasih sayang suami kepada isteri, memisahkan kasih sayang seorang ayah kepada anak. akta yang diperguna untuk pihak-pihak tertentu atas kepentingan tertentu, demi menjaga dan mengekalkan pemerintah bernafsu.

Kalau dahulu sewaktu ingin mewujudkannya, pemerintah ketika itu pernah berjanji akta ini hanya untuk komunis sahaja. Tetapi kenapa sampai negara sudah merdeka yang hampir 52 tahun akta tersebut masih digunakan?pasti ada sebab2 yang meragukan...

Ayuh kita yang punya kewarasan fikiran,bersamalah dengan kebenaran. Kepada mereka yang masih tegar masih ingin bersama dengan kebatilan takutlah pada amaran Tuhan ini melalui ayat 58 surah Al-Ahzab:-



وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينً

ا
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (menyeksa) mukiminin atau mukminat dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan perbuatan atau kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu menanggung pembohongan dan dosa besar yang nyata,”


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Friday, July 31, 2009

SOKONG MANSUH ISA: TAHNIAH MAHASISWA KUIS!

1 comments




MAHASISWA MENGGUGAT!
Sebentar tadi seusai Solat Jumaat, para jemaah masjid yang kebanyakkannya mahasiswa KUIS telah mengadakan 'perhimpunan kecil' dihadapan masjid untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.
Nyatalah mahasiswa KUIS yang satu ketika dahulu dianggap 'lembik' kini 'tampil' dengan gagah MEMBANTAH penggunaan Akta Zalim, Ikut Suka Aku (ISA) ini.
Perhimpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) ini berjaya mengumpulkan hampir 500 orang mahasiswa yang begitu bersemangat walaupun disirami terikkan matahari di atas kepala dengan laungan 'MANSUH,MANSUH,MANSUH ISA,HIDUP,HIDUP HIDUP MAHASISWA DAN ALLAHUAKBAR.
Ucapan-ucapan yang 'berapi-api' daripada beberapa orang wakil pimpinan mahasiswa tidak mengganjakkan mereka dari tempat berhimpun.
Perhimpunan ini turut disertai oleh para pensyarah dan jemaah luar yang solat di Masjid KUIS. ERA KEBANGKITAN MAHASISWA BERMULA!
Moga semangat ini terus membara di kalangan mahasiswa KUIS! InsyaAllah.
p/s: kalau dengan Kerajaan Malaysia pun mahasiswa KUIS dah pandai lawan, apa kata lepas ni lawan pentadbiran KUIS pulak!Apa tunggu lagi!!!

"membujur lalu melintang patah""melawan selalu,mengalah tak pernah"

Thursday, July 30, 2009

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA01 OGOS 2009

1 comments


1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:Ø


Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.Ø

Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA3.
Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah4.

Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan Sekian,


KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Friday, July 24, 2009

SAH! BUKAN ALAM!

8 comments


Hasil daripada 'penyelidikan' saya semalam mengenai kes ALAM dituduh mengadakan operasi spotcheck dikediaman siswi, nyata sekali ALAM TIDAK TERLIBAT LANGSUNG dan apa yang meragukan sampai sekarang ialah TIADA MANGSA SAMASEKALI YANG TAMPIL MENGATAKAN MEREKA TELAH DISPOTCHECK OLEH ALAM DAN LAPTOP @HP MEREKA DIRAMPAS! juga yang mengelirukan, berita yang mengatakan ALAM mengadakan spotcheck itu rupanya datang dari sumber yang TIDAK PASTI DARIMANA. Masing-masing pabila cuba ditanya memberi jawapan "SAYA TAHUPUN DARI KAWAN"!


ALAM & BAGAIMANA JIKA ALAM:

Alhamdulillah... saya sangat bersyukur kerna tiada seorang ALAM pun yang terlibat dalam 'KES' ini. Kerna jika memang benarlah ALAM seperti yang dikatakan maka SAYALAH ORANG PERTAMA YANG AKAN PERGI MENGHADAP USTAZ FARID RAVI BIN ABDULLAH SELAKU PENASIHAT AGUNG ALAM UNTUK MEMINTA PERKENAN BELIAU SUPAYA ALAM DIBUBAR SERTA MERTA! kerna ALAM tidak BERHAK SAMA SEKALI untuk mengadakan spotcheck kerna ia bertentangan dengan DASAR ALAM sebagai Badan Dakwah Kampus bukan Badan Penguatkuasa Kampus dan ia bersalahan pula dengan Undang2 Tatatertib Pelajar KUIS!

SEGELINTIR PIHAK JPM TAK PROFESIONAL:

saya juga melahirkan perasaan kecewa dengan segelintir pihak di Jabatan Pembangunan Mahasiswa JPM KUIS yang telah memanggil salah seorang daripada kepimpinan ALAM lalu terus dituduh dan dipaksa mengisi borang salah laku tatatertib pelajar tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu daripada pimpinan ALAM sendiri! suka saya bertanya DIMANA PROFESIONALISME jika terus menuduh melulu,tanpa usul periksa seolah-olah ingin mensabitkan ALAM sebagai PESALAH walaupun sepatutnya perlu ada saksi dan bukti,tetapi seperti yang saya katakan tadi SAMPAI SEKARANG TIADA BUKTI YANG BOLEH MENGAITKAN ALAM mengadakan 'kesalahan spotcheck itu!

pihak JPM juga tidak sepatutnya membuat 'provokasi 'dengan mengaitkan program KARNIVAL JOM KEMASJID ANJURAN ALAM dengan TUDUHAN SPOTCHECK. APA KENA MENGENA ANTARA KEDUANYA??? (atau ini 'memang dalam perancangan mereka???*)

saya juga hairan dengan pihak JPM ini yang begitu 'cepat' dan 'bersemangat' jika ada apa2 yang berkaitan dengan ALAM, tetapi begitu 'slow n steady' bila datang kepada mereka berita hal2 kebajikan mahasiswa, hal keperluan persatuan mahasiswa dan sewaktu dengannya.

SABARLAH ALAM...

MAKA saya ingin menasihati ALAM supaya bersabarlah atas fitnah ini. Teruskan berjuang!

Firman Allah dalam Surah An Nur ayat 11:

"Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat).

NASIHAT BUAT MAHASISWA KUIS.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 6:

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"

saya juga menasihati mahasiswa KUIS supaya BERHAT-HATI membuat tuduhan dan mempercayai tuduhan kerna ia adalah SURUHAN DAN PERINTAH DARI ALLAH supaya kita menjauhinya. Selidiki terlebih dahulu dan bertanya sendiri kepada ALAM jika datang apa2 khabar mengenainya. jangan terlalu mudah menerima dan mempercayai berita yang entah2 darimana datangnya!

jangan esok disebabkan terlalu mempercayai sesuatu berita tanpa sandaran kita telah MEMFITNAH SATU ORGANISASI DAKWAH yang selama ini banyak berjasa kepada pembentukan Biah Solehah dibumi KUIS ini yang suatu masa dahulu tiada siapa yang mempedulikannya. sekarang pun jika ada yang terus-terusan mempersoalkan ALAM, saya ingin bertanya 'APA YANG KAMU BUAT UNTUK ISLAM DIBUMI KUIS???'

AKHIR DAN AWAS!

Saya tidak kesah jika apa yang sedang berlaku kepada ALAM ini semata-mata kerna persepsi salah mahasiswa semata. ia bisa diperbetul dan diperjelas. InsyaAllah.

tetapi saya AMAT KESAH jika fitnah yang sedang berlaku kepada ALAM ini adalah SATU KONSPIRASI JAHAT PIHAK TERTENTU DAN AKIBAT TINDAKAN BARUA TERTENTU!

INGIN SAYA NYATAKAN SEKALI LAGI, BAHAWA SAYA TETAP KOMITED KEPADA PERJUANGAN ALAM DAN KEPADA SESIAPA YANG CUBA BERUSAHA UNTUK BERBUAT SESUATU KEPADA ALAM,KERNA PERJUANGAN MURNINYA, TANPA SEGAN SILU

SAYA INGIN ISYTIHARKAN PERANG TERHADAP MEREKA.
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
MELAWAN SELALU MENYERAH TAK PERNAH
LAWAN TETAP LAWAN!!!

Thursday, July 23, 2009

KERJA ALAMKAH ITU?

2 comments
Alangkah peliknya tiba-tiba saya dimaklumkan HAWA ALAM mengadakan spotcheck di kediaman siswi malam semalam (22 Julai 09). Dikatakan lagak bebudak ALAM semalam itu sungguh diluar ‘akhlak islamiyahlah’ dengan perilaku yang diluar batas manusiawi.(Merampas,memaksa,mengugut… dan Sekonyong-konyong bertambah ‘harummerbaklah’ nama ALAM yang sedang ‘mewangi’ diseantero KUIS ini.

Arakian saya yang dianggap orang ALAM pun dirujuk oleh beberapa pimpinan mahasiswa dengan membawa aduan bahawa sungguh tidak patutlah kerja bebudak ALAM itu,juga dikhabarkan Pengerusi BADAR ALAM pun dipanggil menghadap Tuanku JPM untuk ‘dibedah-siat’ mengapa ALAM sebegitu rupa, bertindak sewenang-wenang diluar bidang kuasa.

Maka saya pun mengambil jalan menyelidik berita yang datang itu,kerna menyanjung perintah Tuhan: Firmannya:-

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Al-Hujurat)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com