Sunday, November 8, 2009

TAHNIAH GMS, ANDA BERANI!

0 comments
Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)


Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pengerak Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) atas usaha murni membantu mahasiswa KUIS yang sudah terlalu lama menunggu suatu gerakan daripada mahasiswa sendiri untuk membawa isu yuran ini dengan lebih serius. Walaupun khadam aman palestin mengatakan ianya adalah gerakan sebahagian kecil mahasiswa, namun kehadiran lebih 2500 mahasiswa sewaktu penyerahan memorandum dapat menjawab betapa kecilnya usaha GMS ini. (harap2 khadam aman palestin boleh dapatkan video perhimpunan dan perarakan aman GMS jumaat lalu)

Oleh kerana MPM tidak dilihat lagi sebagai wadah untuk mahasiswa KUIS bergantung harap sebagai wira mereka, maka kemunculan GMS sangat tepat pada masanya, dan kerna profesional dan progresifnya GMS ini, menyebabkan pengurusan tidak senang duduk malah beberapa meeting tergempar khabarnya telah diadakan sesama mereka sejak GMS muncul sebagai pendesak agar mereka lebih serius menangani isu yuran yang sangat membebankan. InsyaAllah tidak lama lagi mereka akan mengumumkan penurunan harga yuran.

Saya mungkin dilihat sebagai pro GMS dan sememangnya saya akan sangat pro kepada mana-mana badan mahasiswa yang bersedia mengempur pihak pengurusan yang selama ini mempermainkan mahasiswa, hatta MPM pun diperguna seumpama budak kecil apabila dengan mudahnya MPM ini dibuli oleh JPM dan digulakan oleh Khairi.

Kasihan saya mendengar sendiri dari Presiden MPM bagaimana JPM 'bermain silap mata' dengan mereka mengenai banyak perkara dalam isu kebajikan, minggu taaruf,blazer MPM dan lain-lain lagi. Namun apa yang sangat dikesali, apabila MPM dengan mudah 'memaafkan' kesalahan mereka dengan mengorbankan amanah yang mahasiswa beri selaku perwakilan di MPM. Paling hebatpun MPM akan berjumpa dengan Prof Dato' Rektor dan dengan hangat2 tahi ayam JPM pun mula bekerja dan baik dengan mereka, tapi itulah hangat2 tahi ayam. Panas sekejap lepas itu sejuk membeku dan JPM pun mula mengulangi.

Pada hemat saya, sudah2lah kita bersikap lunak dengan mereka, sedang mereka dalam kelunakan kita memijak2 kepala. Adakah kita tidak punyai maruah membiarkan hak kita dicabuli didepan mata? Saya rasa MPM sedarkan akan hal ini.

Maka apalah salahnya MPM menyokong kerja murni GMS ini secara terbuka,jika pun tidak mampu bersama mereka yang terang-terang menanggung risiko tindakan tatatertib akibat mengenengahkan isu mahasiswa ini. Iyelah, itupun jika MPM hendak senang2 dalam berjuang untuk mahasiswa seperti yang ditulis dalam blog khadam aman palestin diblognya. Kalau nak diikut tulisan dalam blog khadam, 'kalau nak senang berjuang baik duduk diam2 dirumah'. Dengan kata mudah jika tidak mampu berada dihadapan, duduk dibelakang pun bolehlah.

Akhirnya, kepada GMS teruskan bekerja dan buat kerja. Jangan dilayan suara2 sumbang yang langsung tidak menambah pahala. Biarkan mereka menyalak sepuasnya, kerna sudah banyak masa yang kita berikan pada mereka untuk melakukan sesuatu,namun yang nyata mereka langsung tidak mampu berbuat apa2. Harapan yang mahasiswa berikan selama ini nyata palsu. Juga persiapkan segala kelengkapan ikut kemampuan untuk berhadapan risiko2 yang pasti menanti dihadapan,jika esok ditakdirkan akan ada korban di kalangan sahabat2 GMS, saya yakin pengorbanan itu tidak sia-sia InsyaAllah. Pengorbanan antum adalah untuk mahasiswa seluruhnya.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT 'membuang ILMU!'

0 comments


sempena peperiksaan akhir semester bagi pelajar KUIS, saya dengan rendah diri mengucapkan 'SELAMAT MEMBUANG ILMU DI ATAS KERTAS'...

Friday, August 7, 2009

Khutbah Jumaat 31 Julai 2009: Dibaca Oleh Bekas Imam 3 Masjid Al-Azhar KUIS

4 comments

الحمد الله رب العالمين، والعاقبة للمتقين ولا عدوان الا على الظالمين ، أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له ،له الملك وله الحمد وهو على كل شىْ قدير. وأشهد أن محمدا رسول الله، الرحمة المهداة،والنعمة المسداة، والسراخ المنير ، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابهوالتابعين إلى يوم الدين، أما بعد .فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ



Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian!

Mimbar Jumaat hari ini menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarang, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua kaki seseorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya.

Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.

Firman Allah swt :-

Maksudnya:"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami (mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran.

Sejak zaman berzaman, kegemilangan sebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka. Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi. Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang lebih realistik dan sistematik.Perjuangan Rasulullah tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW.

Sidang Jumaat sekalian,

Pemuda berada dicelah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat ‘kegilaan’ yang ada pada diri mereka. Semangat kegilaan bolehlah diistilahkan sebagai sebagai semangat ekstasi.

Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah datang dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak diluar kemampuan mereka.

Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam al-Syafie sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketika berusia 15 tahun.

Sidang Jumaat sekalian,

Ekstasi melahirkan satu perubahan atau boleh kita sebut sebagai reformasi. Fenomena Perubahan merupakan satu perkara lumrah alam dan setiap zaman memerlukan perubahan. Hal ini digambarkan oleh seorang ulama’ yang memelihara anjing dan beliau telah dikritik oleh para mazhab anutan beliau. Beliau lantas menjawab: ‘ Sekiranya guru kita berada dalam lingkungan kita pada masa sekarang, nescaya bukan sekadar anjing, bahkan singa pun kita boleh pelihara.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Setiap manusia, bahkan Negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan. Bangsa yang tidak berani berubah adalah bangsa yang lemah dan dayus dalam berijtihad. Negara yang tidak berubah adalah Negara yang kekal mundur dan tidak akan maju selamanya. Pemikiran lama akan tenggelam dengan pemikiran baru. Albert Einstein berkata: "Masalah zaman kita tidak mampu untuk diselasaikan oleh pemikiran zaman kita".
Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zaman acuh tak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke semasa tanpa mengira cercaan dan ugutan terhadap mereka.

Sidang Jumaat sekalian,

Hanya pemuda dan kepemudaan sahaja yang mampu mendokong perubahan. Tatkala para malaikat tidak sabar untuk menghumbankan bukit bukau keatas penghuni Taif yang mencerca Rasulullah SAW, lantas baginda menghalang niat para malaikat. Pandangan baginda ternyata jauh dan analitikal: "Boleh jadi lahir dari sulbi mereka, zuriat yang akan mengimani risalahku ini ";
Generasi mahasiswa merupakan generasi muda yang terkehadapan dan patut diutamakan dalam membentuk sebuah perubahan yang baru, dan ia perlu dimulakan dan dibentuk mulai sekarang.

Mahasiswa tidak seharusnya melihat sesuatu dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi mahasiswa perlu berpandangan jauh dan meluas, seolah-olah lautan yang tiada tepian, dengan ini sahaja barulah kita mampu membuka horizon pemikiran yang lebih luas dalam merencana masa depan.

Kita boleh mengambil contoh riak-riak perubahan yang berlaku di Turkey. Sepanjang mereka berpayung kepada system sekularisme, ekonomi mereka tidak berkembang dan hidup dalam suasana kucar kacir. Nama mereka tidak disebut sebagai sebuah Negara maju selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Tetapi selepas wujud generasi baru yang membawa pemikiran dan budaya hidup yang menongkah arus, maka kita dapati gelombang perubahan berlaku dengan pesat. Malah Turki merupakan Negara ke 6 termaju dalam Eropah dan Negara ke 16 didunia yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Apa yang paling menarik juga turkey merupakan Negara ke 13 yang paling menarik dan berdaya saing.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Umat Islam harus memiliki jiwa kepemudaan yang tinggi. Jiwa kepemudaan bukan hak milik pemuda semata-mata malah semua orang berhak untuk memiliki jiwa dan semangat kepemudaan ini. Jiwa yang senantiasa meronta-ronta untuk membuah pembaharuan dari semasa ke semasa supaya ummah tidak ketinggalan dan hanya mengikut dari belakang Jiwa kepemudaan ini juga perlu supaya kita tidak hanya memasang angan-angan seperti Mat Jenin, atau berperilaku seperti Si Luncai dengan labu-labunya.

Cukuplah, kita sudah tidak tahan dan sanggup didendangkan dengan cerita-cerita yang melembabkan pemikiran kita seperti Pak Pandir, Si Luncai, Lebai Malang sebagaimana di negara Arab yang mempopularkan kisah Juha, Abu Nawas dan 1001 malam, sedangkan barat sudah meluaskan empayar penguasaan mereka hingga ke angkasa lepas.

Orang kita melihat udara lalu terciptalah layang-layang, sedang barat mencipta kapal terbang. Orang kita melihat sungai untuk berenang sedang barat mencipta kapal. Orang kita melihat melihat bulan untuk menentukan tibanya Ramadhan dan Syawal tetapi barat melihat bulan lalu dijajahnya.Ubahlah dan jadilah pemuda yang mencipta sejarah bukan berbicara dan berbangga dengan sejarah.

Jadilah sebagaimana pemuda yang pernah diimpi oleh As syahid Hassan Al-Banna yang mana ruh mereka sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah,jasmaninya dilatih dengan latihan, maka ketika tunggulah saat kemenangan dan kehebatan ummat Islam.

Kata Tokoh Pejuangan Kemerdekaan Negara Allahyarham Dr Burhanudin Al-Helmi:-

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"

Sidang Jumaat dikasihi sekalian,

Esok 1 Ogos, Bandaraya kuala lumpur sekali lagi akan dibanjiri ratusan ribu manusia.Kita pun sudah maklum mengenai 2 perhimpunan raksasa anjuran 2 kumpulan yang bermatlamat berbeza, tetapi atas satu perkara. Satu akta yang sudah wujud 49 tahun lamanya. AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI @ ISA singkatannya. Maka Sempena perhimpunan aman esok, eloklah kita terutama golongan muda dapat turut sama menyertai perhimpuanan tersebut demi meraikan kebebasan bersuara dan berhimpun sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

Tetapi awas! Untuk menyertai perhimpunan tersebut, haruslah kita pandai memilih kumpulan mana yang harus kita bersama. Sama ada kita akan bersama dengan kumpulan yang ingin agar akta ini terus dikekalkan dengan alasan ia terbukti berkesan mengawal keselamatan negara atau kita ingin bersama kumpulan yang ingin agar akta ini dimansuhkankan atas sebab ia sudah mengatasi norma-norma kemanusiaan, akta tahan tanpa bicara,ditahan tanpa diberitahu apa salahnya,dan dibiarkan meringkuk dalam tahanan bertahun-tahun lamanya. menafikan hak seseorang yang merdeka untuk mendapat pembelaan,akta yang memisahkan kasih sayang suami kepada isteri, memisahkan kasih sayang seorang ayah kepada anak. akta yang diperguna untuk pihak-pihak tertentu atas kepentingan tertentu, demi menjaga dan mengekalkan pemerintah bernafsu.

Kalau dahulu sewaktu ingin mewujudkannya, pemerintah ketika itu pernah berjanji akta ini hanya untuk komunis sahaja. Tetapi kenapa sampai negara sudah merdeka yang hampir 52 tahun akta tersebut masih digunakan?pasti ada sebab2 yang meragukan...

Ayuh kita yang punya kewarasan fikiran,bersamalah dengan kebenaran. Kepada mereka yang masih tegar masih ingin bersama dengan kebatilan takutlah pada amaran Tuhan ini melalui ayat 58 surah Al-Ahzab:-



وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينً

ا
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (menyeksa) mukiminin atau mukminat dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan perbuatan atau kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu menanggung pembohongan dan dosa besar yang nyata,”


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Friday, July 31, 2009

SOKONG MANSUH ISA: TAHNIAH MAHASISWA KUIS!

1 comments




MAHASISWA MENGGUGAT!
Sebentar tadi seusai Solat Jumaat, para jemaah masjid yang kebanyakkannya mahasiswa KUIS telah mengadakan 'perhimpunan kecil' dihadapan masjid untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.
Nyatalah mahasiswa KUIS yang satu ketika dahulu dianggap 'lembik' kini 'tampil' dengan gagah MEMBANTAH penggunaan Akta Zalim, Ikut Suka Aku (ISA) ini.
Perhimpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) ini berjaya mengumpulkan hampir 500 orang mahasiswa yang begitu bersemangat walaupun disirami terikkan matahari di atas kepala dengan laungan 'MANSUH,MANSUH,MANSUH ISA,HIDUP,HIDUP HIDUP MAHASISWA DAN ALLAHUAKBAR.
Ucapan-ucapan yang 'berapi-api' daripada beberapa orang wakil pimpinan mahasiswa tidak mengganjakkan mereka dari tempat berhimpun.
Perhimpunan ini turut disertai oleh para pensyarah dan jemaah luar yang solat di Masjid KUIS. ERA KEBANGKITAN MAHASISWA BERMULA!
Moga semangat ini terus membara di kalangan mahasiswa KUIS! InsyaAllah.
p/s: kalau dengan Kerajaan Malaysia pun mahasiswa KUIS dah pandai lawan, apa kata lepas ni lawan pentadbiran KUIS pulak!Apa tunggu lagi!!!

"membujur lalu melintang patah""melawan selalu,mengalah tak pernah"

Thursday, July 30, 2009

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA01 OGOS 2009

1 comments


1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:Ø


Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.Ø

Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA3.
Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah4.

Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan Sekian,


KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Friday, July 24, 2009

SAH! BUKAN ALAM!

8 comments


Hasil daripada 'penyelidikan' saya semalam mengenai kes ALAM dituduh mengadakan operasi spotcheck dikediaman siswi, nyata sekali ALAM TIDAK TERLIBAT LANGSUNG dan apa yang meragukan sampai sekarang ialah TIADA MANGSA SAMASEKALI YANG TAMPIL MENGATAKAN MEREKA TELAH DISPOTCHECK OLEH ALAM DAN LAPTOP @HP MEREKA DIRAMPAS! juga yang mengelirukan, berita yang mengatakan ALAM mengadakan spotcheck itu rupanya datang dari sumber yang TIDAK PASTI DARIMANA. Masing-masing pabila cuba ditanya memberi jawapan "SAYA TAHUPUN DARI KAWAN"!


ALAM & BAGAIMANA JIKA ALAM:

Alhamdulillah... saya sangat bersyukur kerna tiada seorang ALAM pun yang terlibat dalam 'KES' ini. Kerna jika memang benarlah ALAM seperti yang dikatakan maka SAYALAH ORANG PERTAMA YANG AKAN PERGI MENGHADAP USTAZ FARID RAVI BIN ABDULLAH SELAKU PENASIHAT AGUNG ALAM UNTUK MEMINTA PERKENAN BELIAU SUPAYA ALAM DIBUBAR SERTA MERTA! kerna ALAM tidak BERHAK SAMA SEKALI untuk mengadakan spotcheck kerna ia bertentangan dengan DASAR ALAM sebagai Badan Dakwah Kampus bukan Badan Penguatkuasa Kampus dan ia bersalahan pula dengan Undang2 Tatatertib Pelajar KUIS!

SEGELINTIR PIHAK JPM TAK PROFESIONAL:

saya juga melahirkan perasaan kecewa dengan segelintir pihak di Jabatan Pembangunan Mahasiswa JPM KUIS yang telah memanggil salah seorang daripada kepimpinan ALAM lalu terus dituduh dan dipaksa mengisi borang salah laku tatatertib pelajar tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu daripada pimpinan ALAM sendiri! suka saya bertanya DIMANA PROFESIONALISME jika terus menuduh melulu,tanpa usul periksa seolah-olah ingin mensabitkan ALAM sebagai PESALAH walaupun sepatutnya perlu ada saksi dan bukti,tetapi seperti yang saya katakan tadi SAMPAI SEKARANG TIADA BUKTI YANG BOLEH MENGAITKAN ALAM mengadakan 'kesalahan spotcheck itu!

pihak JPM juga tidak sepatutnya membuat 'provokasi 'dengan mengaitkan program KARNIVAL JOM KEMASJID ANJURAN ALAM dengan TUDUHAN SPOTCHECK. APA KENA MENGENA ANTARA KEDUANYA??? (atau ini 'memang dalam perancangan mereka???*)

saya juga hairan dengan pihak JPM ini yang begitu 'cepat' dan 'bersemangat' jika ada apa2 yang berkaitan dengan ALAM, tetapi begitu 'slow n steady' bila datang kepada mereka berita hal2 kebajikan mahasiswa, hal keperluan persatuan mahasiswa dan sewaktu dengannya.

SABARLAH ALAM...

MAKA saya ingin menasihati ALAM supaya bersabarlah atas fitnah ini. Teruskan berjuang!

Firman Allah dalam Surah An Nur ayat 11:

"Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat).

NASIHAT BUAT MAHASISWA KUIS.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 6:

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"

saya juga menasihati mahasiswa KUIS supaya BERHAT-HATI membuat tuduhan dan mempercayai tuduhan kerna ia adalah SURUHAN DAN PERINTAH DARI ALLAH supaya kita menjauhinya. Selidiki terlebih dahulu dan bertanya sendiri kepada ALAM jika datang apa2 khabar mengenainya. jangan terlalu mudah menerima dan mempercayai berita yang entah2 darimana datangnya!

jangan esok disebabkan terlalu mempercayai sesuatu berita tanpa sandaran kita telah MEMFITNAH SATU ORGANISASI DAKWAH yang selama ini banyak berjasa kepada pembentukan Biah Solehah dibumi KUIS ini yang suatu masa dahulu tiada siapa yang mempedulikannya. sekarang pun jika ada yang terus-terusan mempersoalkan ALAM, saya ingin bertanya 'APA YANG KAMU BUAT UNTUK ISLAM DIBUMI KUIS???'

AKHIR DAN AWAS!

Saya tidak kesah jika apa yang sedang berlaku kepada ALAM ini semata-mata kerna persepsi salah mahasiswa semata. ia bisa diperbetul dan diperjelas. InsyaAllah.

tetapi saya AMAT KESAH jika fitnah yang sedang berlaku kepada ALAM ini adalah SATU KONSPIRASI JAHAT PIHAK TERTENTU DAN AKIBAT TINDAKAN BARUA TERTENTU!

INGIN SAYA NYATAKAN SEKALI LAGI, BAHAWA SAYA TETAP KOMITED KEPADA PERJUANGAN ALAM DAN KEPADA SESIAPA YANG CUBA BERUSAHA UNTUK BERBUAT SESUATU KEPADA ALAM,KERNA PERJUANGAN MURNINYA, TANPA SEGAN SILU

SAYA INGIN ISYTIHARKAN PERANG TERHADAP MEREKA.
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
MELAWAN SELALU MENYERAH TAK PERNAH
LAWAN TETAP LAWAN!!!

Thursday, July 23, 2009

KERJA ALAMKAH ITU?

2 comments
Alangkah peliknya tiba-tiba saya dimaklumkan HAWA ALAM mengadakan spotcheck di kediaman siswi malam semalam (22 Julai 09). Dikatakan lagak bebudak ALAM semalam itu sungguh diluar ‘akhlak islamiyahlah’ dengan perilaku yang diluar batas manusiawi.(Merampas,memaksa,mengugut… dan Sekonyong-konyong bertambah ‘harummerbaklah’ nama ALAM yang sedang ‘mewangi’ diseantero KUIS ini.

Arakian saya yang dianggap orang ALAM pun dirujuk oleh beberapa pimpinan mahasiswa dengan membawa aduan bahawa sungguh tidak patutlah kerja bebudak ALAM itu,juga dikhabarkan Pengerusi BADAR ALAM pun dipanggil menghadap Tuanku JPM untuk ‘dibedah-siat’ mengapa ALAM sebegitu rupa, bertindak sewenang-wenang diluar bidang kuasa.

Maka saya pun mengambil jalan menyelidik berita yang datang itu,kerna menyanjung perintah Tuhan: Firmannya:-

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Al-Hujurat)

Thursday, July 16, 2009

TAHNIAH KEPADA BAKAL GRADUAN DAN PENGANJURAN EKSTIVAL 12, TAPI...

0 comments

Kesempatan yang ada, ingin saya mengucapTahniah dan Selamat Bergraduasi kepada sahabat-sahabat yang bakal bergelar Graduan ,Sabtu ini. Moga kalian berperanan untuk Islam dan Kegemilangannya!



Tahniah juga kepada penganjur Ektival 12 kali ini. Walaupun nampak macam agak 'kelam kabut' tapi satu usaha yang boleh dipuji kerna penganjuran Ekstival kali ini 'tampak bersih'! Mudah-mudahan diberkati penganjurannya.

Cuma ingatan saya kepada pihak penganjur, pastikan kali ini, tiada 'Lagak Ngeri' seperti eKSTIVAL 11 lalu (rakaman di bawah!) Ok! Renung2kan, Selamat Berekstival! Saya sokong yang BAIK!



SEMINAR DR BURHANUDDIN ALHELMI

0 comments
Ahad, 2 Ogos 2009 :: 8.30pg-5.15ptg ::
Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)

Prof. Madya Saliha Hassan (Pensyarah Sains Politik, UKM)

Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

Friday, June 12, 2009

NUR KASIH...

0 comments
Siaran: Setiap Jumaat 9malam bermula 31 Mei 2009 Tv 3
Sinopsis:

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur.
Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?
Sumber: TV3
Ulasan:
Cerita yang 'agak bagus' . Tengok jangan tak nengok!!!

Thursday, June 11, 2009

PMAI KUIS SOKONG HARAMKAN SIS!

0 comments

Persatuan Mahasiswa Akademi Islam PMAI KUIS menyokong penuh usul berkenaan Sisters In Islam (SIS) yang dibawa pada Muktamar Parti Islam Semalaysia (PAS) baru-baru ini. Usul tersebut mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya ke atas SIS termasuk mengharamkannya jika terbukti SIS bertentangan dengan syariat.


Walaupun pihak SIS mengambil tindakan balas dengan menyifatkan PAS sebagai autokratik dan hipokrit namun PMAI berpandangan langkah Muktamar PAS meluluskan usul tersebut adalah langkah bijak dan tepat memandangkan SIS yang telah lama ditubuh itu sangat jelas aliran dokongannya yang mirip aliran Islam Liberal ciptaan orientalis yang menyerang pemikiran umat Islam dengan cara halus dan mengelirukan.


Pelbagai siri program anjuran mereka sebelum ini jelas menunjukkan siapa sebenar mereka, bahkan kenyataan-kenyatan yang dikeluarkan mereka yang biadab juga boleh membawa mereka terkeluar dari agama.


Berikut contoh kenyataan SIS yang pernah dikeluarkan Persatuan Ulama' Malaysia PUM dalam membuktikan betapa patut SIS ini diambil tindakan:-


1.0 MENGHINA RASULLULLAH S.A.W


1.1 "...The fact that the Prophet had several wives and was known to have had sexual relations with 15 women, which included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life is proof of the humanity of the Prophet."


("Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi"


["Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" oleh Farish A. Noor (NST, 4 November 2000)]


1.2 ".. the Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of allegiance given to him were as atribal rather than just a religion leader."


(...Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama)


["The Myth Surrounding the Islamic State" oleh Farish A. Noor (NST 1hb Disember 2001)]


2.0 MENCABAR ISLAM
"...Islam is discource and all discourses are open, contested and plastic..."


(Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastik)


["Farish A Noor - Intelectual Provocateur" temubual oleh Amir Muhammad ('The Edge', 3 Dis 2001)]


3.0 MENGHINA MUFTI DAN ULAMA'


"Perhaps the turbans of the mufti are too tight and therefore not enough oxygen is getting into their brains. They are not thinking straight."


("...Mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikran waras")


"make fatwa which most of the people, including other ulama and mufti, do not follow"
(membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikuti)


"many ulama themselves are perveyours of...pagan practices"


(ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah)


"the ulama themselves are incapable of intelligent thought"


(ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik)


["Now The Mufti Blame Hindi Films", Akbar Ali - The Sun, 21 Februari 2001]


4.0 MENAFIKAN HUKUM ISLAM MENGENAI MURTAD


"The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief."
"..No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than that God will never forgive him nor guide him to the right path. This is God's promise. It is his law."


(...Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir. ...Tiada hukuman dinyatakan ke atas sesorang yang murtad selain dari janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangNya...)


("Death for Apostates Unjust" oleh Akbar Ali - The Sun, 14 Julai 1999)


5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN


"Therefore the question that should be addressed in our society today is not whether poligamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims, but whether it should still be continued under the Islamic Family Law for the Muslims".


("Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang Sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam Undang-Undang Keluarga Islam")


["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters in Islam, NST 10hb Januari 2002]


6.0 ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG KEILMUANNYA


"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata."


(Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: Utusan Malaysia, 26hb September 2000)


7.0 ISLAM DIPERSOALKAN


7.1 "For a muslim, the existence of a dual system of laws has proven problematic. Malik Imtiaz Sarwar, a lawyer who spoke on 'The Context Of Constitutionalism' gave an example: if Chinese below the age of 16 has consensual sex with an older man and reports him, it is statutory rape. In the case of an under aged Muslim girl, while the man will be guilty of statutory rape, she could be punished under Syariah Law - where the age of reason is 12 or 13 - and sent to a reformed center. Hence, underaged Muslim girls who are raped will be afraid to come forward for fear of being sanctioned.


The legislating of Islamic rules infringes on the Muslim girl's basic right, which ironically are protected under civil law. We are beginning to be shackled by our personal belief so much so that we have forgotten the fundamentals."


("Bagi seorang Muslim, kewujudan dwi sistem undang-undang telah terbukti membawa masalah. Malik Imtiaz Sarwar, seorang peguam yang berucap mengenai 'Konteks Perlembagaan' memberi contoh: jika seorang berbangsa Cina di bawah umur 16 tahun berzina dengan seorang lelaki yang lebih tua dan melaporkannya, ia adalah rogol statutori. Bagi kes gadis Islam, sementara si lelaki bersalah kerana rogol statutori, gadis itu pula boleh dihukum di bawah undang-undang Syariah - di mana umur baligh adalah di antara 12 dan 13 tahun - dan dihantar ke Pusat Pemulihan. Ini akan menghalang gadis yang dirogol dari membuat laporan kerana takutkan hukuman.


Menegakkan peraturan Islam akan mencabuli hak asasi gadis Islam tersebut, tapi ironinya ia dilindungi di bawah undang-undang Sivil. Kita sedang dibelenggu dengan kepercayaan peribadi sehinggakan kita terlupa perkara asas".)


Persoalan PUM ialah : Apakah hak asasi seorang gadis Islam di bawah umur 16 tahun yang berzina dengan seorang lelaki?


-Untuk melakukan zina dan tidak boleh diihukum?


7.2 "He also said that 'public Islam' can erode fundamental liberties, pointing to the case of a non Muslim trader in Kelantan who lost his right to livelihood when he was penalized for selling food to a Muslim during Ramadhan."


(..."Beliau juga berkata 'Islam awam' boleh menghakis kebebasan asasi, dengan mengambil contoh kes yang berlaku ke atas seorang peniaga bukan Islam di Kelantan yang hilang haknya apabila beliau di denda kerana menjual makanan kepada orang Islam di bulan Ramadhan")
-[Malik Imtiaz Sarwar]


[Petikan Laporan NST 11 Disember 2001 mengenai Bengkel Festival Hak Asasi yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 di Kuala Lumpur]

Apa salahnya ALAM?

0 comments

Panas juga telinga pabila mendengar 'segelumang' dari Persatuan diKUIS ni yang dalam perjumpaan mereka menghasut pelajar2 baru supaya menjauhi ALAM yang kononnya dikatakan 'kelab politik'.

Dangkalnya otak pimpinan persatuan itu ya,cetek ilmunya. Dan angkuh sungguh dia!

Maaf jika ia kasar, tapi ingin sekali saya bertanya kepada yang semua empunya persatuan diKUIS ni, pernahkah 'sekali' ALAM menghasut pelajar terutama pelajar baru agar hanya memilih ALAM, dan jangan memilih persatuan lain?

Dan pernahkah ALAM mengganggu dan melabel segala gerak kerja mereka yang kadang2 buat program yang macam2 dan entah2 halatujunya dengan apa2 gelaran?

Saya bukan orang ALAM, tapi sangat sayangkan ALAM kerna istiqomahnya memperjuangkan pembentukan nilai peribadi Muslim yang berfikrah jelas, beribadah sahih dan berakhlak mulia. Program tarbiyah yang tak putus2 menguatkan azam saya untuk terus bersama ALAM dan membantunya.

Maka suka menasihatkan segalamacam persatuan yang ada diKUIS ini, supaya tidak menjadi "munafiq" dengan mengata di sana2 sini tetapi takut berhadapan muka. Jika ALAM ada kesalahan dengan kamu, tampil dan berdepan secara jantan.

Malaysia Tanpa Parti?

1 comments


Pernahkah kita terfikir, bagaimana agaknya kalau Malaysia ni diurustadbir tanpa parti? Mesti kita takkan dengar 'masalah dalaman' parti kan? Ya, bila tiada masalah dalaman parti, maka selamatlah negara dari 'masalah dalamannya'. Rakyat tak risau,ekonomi dan pembangunan dapat dirancakkan,dakwah dipergiat tanpa memikir masalah parti!

Bukan sengaja saya melontarkan pandangan ini, tapi kadang2 rasa menyampah dan bosan melihat parti2 dalam negara kita ni, yang tak habis2 dengan masalah dalaman masing2. Konon dengan rakyat nak tolong itu ini, tapi parti sendiri tak tertolong terjaga.

Baik pemerintah mahupun pembangkang, sama saja... mangsanya ,RAKYAT!

Rakyat terpaksa pula menjadi penonton gelagat mereka 'berdrama' dengan watak2 bodoh!

Nasihat saya kepada orang2 parti, jangan sampai rakyat bosan kepada anda,tunaikanlah amanah rakyat tu dengan sebaiknya. Ingat!

Wednesday, May 20, 2009

Mahasiswa KUIS termakan gula?

0 comments

Hari keempat minggu kedua setelah KUIS melabuhkan tirai cuti panjang dan mengorientasikan pelajar barunya, saya masih relax, tak masuk kelas dan paling best tidur. Bukan taknak masuk kelas sesaja, tapi biasalah awal2 ni kuliah kebanyakkannya belum mula coz, 'jadual tak keluar lagi!'.

Saya terpanggil untuk komen ringkas pasal asrama baru siap yang dah pun dihuni oleh pelajar yang menetap didalam KUIS. Rata2 yang saya jumpa 'seronok' habis dapat duduk asrama baru.ada yang duk type A,wow! sebilik sorangtu, bilik air dalam lagi, adajuga yang duduk type B,C D dan entah berapa type lagi yang ada agaknya. saya belum punya kesempatan untuk ronda2 ke sana. Tapi tak kurang juga yang merungut sesungut sambil mengira guna semua jari yang ada membandingkan harga asrama baru dan lama mereka.

Khabarnya kedengaran dari pelajar lama, yang mereka ada rasa tak puas hati sebab 'dipaksa' pindah ke asrama baru yang dinamakan B.O.T ni, I dont know why?

Tapikan, saya difahamkan masa pendaftaran dulu, mereka (yang lama)disuruh berpindah atas alasan kononnya asrama lama mereka akan di naiktaraf,so, merekapun pindahlah...

Pindah untuk sementara atau selamanya WallahuA'lam...

yang pasti yuran asrama yang mereka kena bayar mesti ikut harga yuran asrama barukan?

Persoalannya WAJARKAH?


Monday, May 18, 2009

Gagasan Presiden Gamis disahut!

0 comments


Saya menyokong penuh serta merakamkan penghargaan kepada Presiden Gamis
Ustaz Dzulkhairi Md Noor dengan pembaharuan yang bertujuan menyatukan kolej-kolej Islam di bawah satu gerakan yang beridentiti tersendiri.

Cadangan Konvensyen Kolej-kolej Islam yang menghimpunkan IPT Islam seperti KUIS, KUIN, KIAS, KISDAR Perak,KIPSAS, dan seumpamanya dilihat mampu ‘membesarkan’ peranan ulama’ seperti yang disaran oleh beliau melalui 11 matlamat yang telah digariskan.

Bahkan saya sendiri amat berbangga jika pertemuan pertama ini diadakan diKUIS yang sememangnya bersedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama dengan Gamis bagi penganjuran konvensyen tersebut

Saya juga amat tertarik dengan istilah ‘ulama’ mahasiswa yang digunakan. Ia merupakan satu istilah yang baik, yang cukup membantu memperkasakan gerakan mahasiswa itu sendiri sebagai kelompok yang boleh diharapkan bagi membantu mengatasi permasalahan yang sedang dialami dari golongan mudamudi masa kini.

Salah satu contoh permasalahan yang hangat diperkatakan ialah bohsia(habuan/hadiah mat rempit yang memenangi lumba haram motorsikal) . Disinilah peranan sebenar 'ulama' mahasiswa' untuk berdepan dengan bohsia dapat dilihat melalui pelbagai pendekatan dan kemahiran sebagai seorang daie untuk menyelamatkan madu’ (bohsia) daripada terus memilih jalan hitam.

Justeru saya berpandangan adalah wajar jika boleh, gelaran ulama’ itu diberikan oleh masyarakat dan mahasiswa selepas menilai peranan dan sumbangan yang diberikan.

Sebagai contoh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang walaupun membawa imej tuan guru dan kepimpinan ulama’ dalam peperintahan negeri kelantan, namun gelaran tuan guru dan ulama’ bukannya datang dari diri beliau sendiri tetapi ia datang dari pengiktirafan rakyat negeri Kelantan yang setuju bahawa beliaulah Tuan Guru dan ulama’ berdasarkan kepada peranan dan sumbangannya yang sangat besar kepada pemerintahan negeri Kelantan selama hampir 18 tahun hingga sekarang.

Tuntasnya gagasan Presiden Gamis ini wajar disegerakan bagi memastikan setiap detik yang berlalu dapat dimanfaatkan sebaiknya
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com