Wednesday, May 20, 2009

Mahasiswa KUIS termakan gula?

0 comments

Hari keempat minggu kedua setelah KUIS melabuhkan tirai cuti panjang dan mengorientasikan pelajar barunya, saya masih relax, tak masuk kelas dan paling best tidur. Bukan taknak masuk kelas sesaja, tapi biasalah awal2 ni kuliah kebanyakkannya belum mula coz, 'jadual tak keluar lagi!'.

Saya terpanggil untuk komen ringkas pasal asrama baru siap yang dah pun dihuni oleh pelajar yang menetap didalam KUIS. Rata2 yang saya jumpa 'seronok' habis dapat duduk asrama baru.ada yang duk type A,wow! sebilik sorangtu, bilik air dalam lagi, adajuga yang duduk type B,C D dan entah berapa type lagi yang ada agaknya. saya belum punya kesempatan untuk ronda2 ke sana. Tapi tak kurang juga yang merungut sesungut sambil mengira guna semua jari yang ada membandingkan harga asrama baru dan lama mereka.

Khabarnya kedengaran dari pelajar lama, yang mereka ada rasa tak puas hati sebab 'dipaksa' pindah ke asrama baru yang dinamakan B.O.T ni, I dont know why?

Tapikan, saya difahamkan masa pendaftaran dulu, mereka (yang lama)disuruh berpindah atas alasan kononnya asrama lama mereka akan di naiktaraf,so, merekapun pindahlah...

Pindah untuk sementara atau selamanya WallahuA'lam...

yang pasti yuran asrama yang mereka kena bayar mesti ikut harga yuran asrama barukan?

Persoalannya WAJARKAH?


Monday, May 18, 2009

Gagasan Presiden Gamis disahut!

0 comments


Saya menyokong penuh serta merakamkan penghargaan kepada Presiden Gamis
Ustaz Dzulkhairi Md Noor dengan pembaharuan yang bertujuan menyatukan kolej-kolej Islam di bawah satu gerakan yang beridentiti tersendiri.

Cadangan Konvensyen Kolej-kolej Islam yang menghimpunkan IPT Islam seperti KUIS, KUIN, KIAS, KISDAR Perak,KIPSAS, dan seumpamanya dilihat mampu ‘membesarkan’ peranan ulama’ seperti yang disaran oleh beliau melalui 11 matlamat yang telah digariskan.

Bahkan saya sendiri amat berbangga jika pertemuan pertama ini diadakan diKUIS yang sememangnya bersedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama dengan Gamis bagi penganjuran konvensyen tersebut

Saya juga amat tertarik dengan istilah ‘ulama’ mahasiswa yang digunakan. Ia merupakan satu istilah yang baik, yang cukup membantu memperkasakan gerakan mahasiswa itu sendiri sebagai kelompok yang boleh diharapkan bagi membantu mengatasi permasalahan yang sedang dialami dari golongan mudamudi masa kini.

Salah satu contoh permasalahan yang hangat diperkatakan ialah bohsia(habuan/hadiah mat rempit yang memenangi lumba haram motorsikal) . Disinilah peranan sebenar 'ulama' mahasiswa' untuk berdepan dengan bohsia dapat dilihat melalui pelbagai pendekatan dan kemahiran sebagai seorang daie untuk menyelamatkan madu’ (bohsia) daripada terus memilih jalan hitam.

Justeru saya berpandangan adalah wajar jika boleh, gelaran ulama’ itu diberikan oleh masyarakat dan mahasiswa selepas menilai peranan dan sumbangan yang diberikan.

Sebagai contoh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang walaupun membawa imej tuan guru dan kepimpinan ulama’ dalam peperintahan negeri kelantan, namun gelaran tuan guru dan ulama’ bukannya datang dari diri beliau sendiri tetapi ia datang dari pengiktirafan rakyat negeri Kelantan yang setuju bahawa beliaulah Tuan Guru dan ulama’ berdasarkan kepada peranan dan sumbangannya yang sangat besar kepada pemerintahan negeri Kelantan selama hampir 18 tahun hingga sekarang.

Tuntasnya gagasan Presiden Gamis ini wajar disegerakan bagi memastikan setiap detik yang berlalu dapat dimanfaatkan sebaiknya
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com