Hasil daripada 'penyelidikan' saya semalam mengenai kes ALAM dituduh mengadakan operasi spotcheck dikediaman siswi, nyata sekali ALAM TIDAK TERLIBAT LANGSUNG dan apa yang meragukan sampai sekarang ialah TIADA MANGSA SAMASEKALI YANG TAMPIL MENGATAKAN MEREKA TELAH DISPOTCHECK OLEH ALAM DAN LAPTOP @HP MEREKA DIRAMPAS! juga yang mengelirukan, berita yang mengatakan ALAM mengadakan spotcheck itu rupanya datang dari sumber yang TIDAK PASTI DARIMANA. Masing-masing pabila cuba ditanya memberi jawapan "SAYA TAHUPUN DARI KAWAN"!ALAM & BAGAIMANA JIKA ALAM:Alhamdulillah... saya sangat bersyukur kerna tiada seorang ALAM pun yang terlibat dalam 'KES' ini. Kerna jika memang benarlah ALAM seperti yang dikatakan maka SAYALAH ORANG PERTAMA YANG AKAN PERGI MENGHADAP USTAZ FARID RAVI BIN ABDULLAH SELAKU PENASIHAT AGUNG ALAM UNTUK MEMINTA PERKENAN BELIAU SUPAYA ALAM DIBUBAR SERTA MERTA! kerna ALAM tidak BERHAK SAMA SEKALI untuk mengadakan spotcheck kerna ia bertentangan dengan DASAR ALAM sebagai Badan Dakwah Kampus bukan Badan Penguatkuasa Kampus dan ia bersalahan pula dengan Undang2 Tatatertib Pelajar KUIS!
SEGELINTIR PIHAK JPM TAK PROFESIONAL:saya juga melahirkan perasaan kecewa dengan segelintir pihak di Jabatan Pembangunan Mahasiswa JPM KUIS yang telah memanggil salah seorang daripada kepimpinan ALAM lalu terus dituduh dan dipaksa mengisi borang salah laku tatatertib pelajar tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu daripada pimpinan ALAM sendiri! suka saya bertanya DIMANA PROFESIONALISME jika terus menuduh melulu,tanpa usul periksa seolah-olah ingin mensabitkan ALAM sebagai PESALAH walaupun sepatutnya perlu ada saksi dan bukti,tetapi seperti yang saya katakan tadi SAMPAI SEKARANG TIADA BUKTI YANG BOLEH MENGAITKAN ALAM mengadakan 'kesalahan spotcheck itu!
pihak JPM juga tidak sepatutnya membuat 'provokasi 'dengan mengaitkan program KARNIVAL JOM KEMASJID ANJURAN ALAM dengan TUDUHAN SPOTCHECK. APA KENA MENGENA ANTARA KEDUANYA??? (atau ini 'memang dalam perancangan mereka???*)
saya juga hairan dengan pihak JPM ini yang begitu 'cepat' dan 'bersemangat' jika ada apa2 yang berkaitan dengan ALAM, tetapi begitu 'slow n steady' bila datang kepada mereka berita hal2 kebajikan mahasiswa, hal keperluan persatuan mahasiswa dan sewaktu dengannya.
SABARLAH ALAM...
MAKA saya ingin menasihati ALAM supaya bersabarlah atas fitnah ini. Teruskan berjuang!
Firman Allah dalam Surah An Nur ayat 11:
"Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat).
NASIHAT BUAT MAHASISWA KUIS.
Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 6:
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"
saya juga menasihati mahasiswa KUIS supaya BERHAT-HATI membuat tuduhan dan mempercayai tuduhan kerna ia adalah SURUHAN DAN PERINTAH DARI ALLAH supaya kita menjauhinya. Selidiki terlebih dahulu dan bertanya sendiri kepada ALAM jika datang apa2 khabar mengenainya. jangan terlalu mudah menerima dan mempercayai berita yang entah2 darimana datangnya!
jangan esok disebabkan terlalu mempercayai sesuatu berita tanpa sandaran kita telah MEMFITNAH SATU ORGANISASI DAKWAH yang selama ini banyak berjasa kepada pembentukan Biah Solehah dibumi KUIS ini yang suatu masa dahulu tiada siapa yang mempedulikannya. sekarang pun jika ada yang terus-terusan mempersoalkan ALAM, saya ingin bertanya 'APA YANG KAMU BUAT UNTUK ISLAM DIBUMI KUIS???'
AKHIR DAN AWAS!
Saya tidak kesah jika apa yang sedang berlaku kepada ALAM ini semata-mata kerna persepsi salah mahasiswa semata. ia bisa diperbetul dan diperjelas. InsyaAllah.
tetapi saya AMAT KESAH jika fitnah yang sedang berlaku kepada ALAM ini adalah SATU KONSPIRASI JAHAT PIHAK TERTENTU DAN AKIBAT TINDAKAN BARUA TERTENTU!
INGIN SAYA NYATAKAN SEKALI LAGI, BAHAWA SAYA TETAP KOMITED KEPADA PERJUANGAN ALAM DAN KEPADA SESIAPA YANG CUBA BERUSAHA UNTUK BERBUAT SESUATU KEPADA ALAM,KERNA PERJUANGAN MURNINYA, TANPA SEGAN SILU
SAYA INGIN ISYTIHARKAN PERANG TERHADAP MEREKA.
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
MELAWAN SELALU MENYERAH TAK PERNAH
LAWAN TETAP LAWAN!!!