Friday, July 24, 2009

SAH! BUKAN ALAM!

8 comments


Hasil daripada 'penyelidikan' saya semalam mengenai kes ALAM dituduh mengadakan operasi spotcheck dikediaman siswi, nyata sekali ALAM TIDAK TERLIBAT LANGSUNG dan apa yang meragukan sampai sekarang ialah TIADA MANGSA SAMASEKALI YANG TAMPIL MENGATAKAN MEREKA TELAH DISPOTCHECK OLEH ALAM DAN LAPTOP @HP MEREKA DIRAMPAS! juga yang mengelirukan, berita yang mengatakan ALAM mengadakan spotcheck itu rupanya datang dari sumber yang TIDAK PASTI DARIMANA. Masing-masing pabila cuba ditanya memberi jawapan "SAYA TAHUPUN DARI KAWAN"!


ALAM & BAGAIMANA JIKA ALAM:

Alhamdulillah... saya sangat bersyukur kerna tiada seorang ALAM pun yang terlibat dalam 'KES' ini. Kerna jika memang benarlah ALAM seperti yang dikatakan maka SAYALAH ORANG PERTAMA YANG AKAN PERGI MENGHADAP USTAZ FARID RAVI BIN ABDULLAH SELAKU PENASIHAT AGUNG ALAM UNTUK MEMINTA PERKENAN BELIAU SUPAYA ALAM DIBUBAR SERTA MERTA! kerna ALAM tidak BERHAK SAMA SEKALI untuk mengadakan spotcheck kerna ia bertentangan dengan DASAR ALAM sebagai Badan Dakwah Kampus bukan Badan Penguatkuasa Kampus dan ia bersalahan pula dengan Undang2 Tatatertib Pelajar KUIS!

SEGELINTIR PIHAK JPM TAK PROFESIONAL:

saya juga melahirkan perasaan kecewa dengan segelintir pihak di Jabatan Pembangunan Mahasiswa JPM KUIS yang telah memanggil salah seorang daripada kepimpinan ALAM lalu terus dituduh dan dipaksa mengisi borang salah laku tatatertib pelajar tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu daripada pimpinan ALAM sendiri! suka saya bertanya DIMANA PROFESIONALISME jika terus menuduh melulu,tanpa usul periksa seolah-olah ingin mensabitkan ALAM sebagai PESALAH walaupun sepatutnya perlu ada saksi dan bukti,tetapi seperti yang saya katakan tadi SAMPAI SEKARANG TIADA BUKTI YANG BOLEH MENGAITKAN ALAM mengadakan 'kesalahan spotcheck itu!

pihak JPM juga tidak sepatutnya membuat 'provokasi 'dengan mengaitkan program KARNIVAL JOM KEMASJID ANJURAN ALAM dengan TUDUHAN SPOTCHECK. APA KENA MENGENA ANTARA KEDUANYA??? (atau ini 'memang dalam perancangan mereka???*)

saya juga hairan dengan pihak JPM ini yang begitu 'cepat' dan 'bersemangat' jika ada apa2 yang berkaitan dengan ALAM, tetapi begitu 'slow n steady' bila datang kepada mereka berita hal2 kebajikan mahasiswa, hal keperluan persatuan mahasiswa dan sewaktu dengannya.

SABARLAH ALAM...

MAKA saya ingin menasihati ALAM supaya bersabarlah atas fitnah ini. Teruskan berjuang!

Firman Allah dalam Surah An Nur ayat 11:

"Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat).

NASIHAT BUAT MAHASISWA KUIS.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 6:

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"

saya juga menasihati mahasiswa KUIS supaya BERHAT-HATI membuat tuduhan dan mempercayai tuduhan kerna ia adalah SURUHAN DAN PERINTAH DARI ALLAH supaya kita menjauhinya. Selidiki terlebih dahulu dan bertanya sendiri kepada ALAM jika datang apa2 khabar mengenainya. jangan terlalu mudah menerima dan mempercayai berita yang entah2 darimana datangnya!

jangan esok disebabkan terlalu mempercayai sesuatu berita tanpa sandaran kita telah MEMFITNAH SATU ORGANISASI DAKWAH yang selama ini banyak berjasa kepada pembentukan Biah Solehah dibumi KUIS ini yang suatu masa dahulu tiada siapa yang mempedulikannya. sekarang pun jika ada yang terus-terusan mempersoalkan ALAM, saya ingin bertanya 'APA YANG KAMU BUAT UNTUK ISLAM DIBUMI KUIS???'

AKHIR DAN AWAS!

Saya tidak kesah jika apa yang sedang berlaku kepada ALAM ini semata-mata kerna persepsi salah mahasiswa semata. ia bisa diperbetul dan diperjelas. InsyaAllah.

tetapi saya AMAT KESAH jika fitnah yang sedang berlaku kepada ALAM ini adalah SATU KONSPIRASI JAHAT PIHAK TERTENTU DAN AKIBAT TINDAKAN BARUA TERTENTU!

INGIN SAYA NYATAKAN SEKALI LAGI, BAHAWA SAYA TETAP KOMITED KEPADA PERJUANGAN ALAM DAN KEPADA SESIAPA YANG CUBA BERUSAHA UNTUK BERBUAT SESUATU KEPADA ALAM,KERNA PERJUANGAN MURNINYA, TANPA SEGAN SILU

SAYA INGIN ISYTIHARKAN PERANG TERHADAP MEREKA.
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
MELAWAN SELALU MENYERAH TAK PERNAH
LAWAN TETAP LAWAN!!!

8 comments:

  1. syabas akhi di atas penjelasan dan serangan balas yang begitu merungkaikan segala permasalahan. Semuanya demi menjaga kamashlahatan khususnya buat para mahasiswa dan seterusnya berjaya mengelak daripada serangn fitnah hebat yg telah dilontarkan .

    ana student baru disini, tetapi atas dasar islam saya tahu org org yg bergiat di dalam alam pasti murni jkeimananny.. terima lah semua ini sebagai ujian dari Ilahi buat para pendokong yg ikhlas berjuang keranaNYA.

    Jangan sesekali GENTAR! Berdepanlah secara hikmah!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam 'alaik..

    wahai akh Izad Mantan YDP MPP KUIS 05/06..

    ana agak tertarik dengan artikel nta.. menyentuh ketidakprofesional pengurusan dlm menangangi isu "penyamaran ALAM" yang berlaku tempoh hari.

    ana ingin quote kata2 enta..

    """ saya juga melahirkan perasaan kecewa dengan segelintir pihak di Jabatan Pembangunan Mahasiswa JPM KUIS yang telah memanggil salah seorang daripada kepimpinan ALAM lalu terus dituduh dan dipaksa mengisi borang salah laku tatatertib pelajar tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu daripada pimpinan ALAM sendiri! suka saya bertanya DIMANA PROFESIONALISME jika terus menuduh melulu,tanpa usul periksa seolah-olah ingin mensabitkan ALAM sebagai PESALAH walaupun sepatutnya perlu ada saksi dan bukti,tetapi seperti yang saya katakan tadi SAMPAI SEKARANG TIADA BUKTI YANG BOLEH MENGAITKAN ALAM mengadakan 'kesalahan spotcheck itu! """

    nta bijak apabila menyentuh soal dimana profesionalisme jika terus menuduh melulu, dengan tanpa usul periksa seolah2 dia yang salah kan??

    kali ini ana nak bukak minda anta..

    bukankah anta orang pertama yang menghentam pihak pengurusan KUIS terutama Timbalan rektor Ust Khairi serta x lupa pimpinan MPM 08/09 bawah pemerintahan akh Rasyidi..

    Bercerita, menuduh dengan hanya menggunakan medium BLOG tanpa sebarang perbincangan dengan MPM.. dengan pengurusan KUIS.. ana tau lah ana bukan MPP macam antum suma hebat.. tapi bukan anak nak backup kuis atau mpm.. tapi ana tau sape yang betul sape yang salah..

    enta taburkan fitnah penganjur ekstival bawak tarian gelek la..

    enta tau kan citer sebenar??
    tak tau jangan cerita....
    jangan buat fitnah....


    tu profesionalisme ker???
    tu pemikiran bodoh ke pandai?

    tolonglah jangan sempitkan pemikiran.. jgn hanya pandai bercakap .. walhal enta sendiri "org masjid"
    mahasiswa KUIS lagi...

    artikel ini sebenarnya memakan diri nta sendiri.. ingatlah.. jangan hanya pandai bercakap, tgk diri dulu...

    Ikhlas,
    Muslimah,
    KISDAR@KUIS

    ReplyDelete
  4. abuya reply

    SAH! ISU MEMBURUKKAN ALAM MEMANG DIRANCANG!

    JELAS IA DATANG DARI DENDAM ORANG2 KHAIRI TERHADAP ORANG YANG MEMBONGKARKAN ISU GELEK DALAM SURAT LAYANGNYA.

    UNTUK PENGETAHUAN MUSLIMAH,(mungkin budak suruhan JPM) ISU GELEK YANG DIDEDAH OLEH INDIVIDU WAKTU EKSTIVAL DULU, BUKAN FITNAH KAK OI!TERANG2 LAGI DIRAKAM SIAP MASUK DALAM YOUTUBE LAGI! BUKAN SORANG DUA YANG NAMPAK, SAMPAI BOLEH DIKIRA TARAF MUTAWATIRLAH.

    CERITA SEBENAR APA YANG SAYA TAK TAHU? CERITA KEBENGONGAN PENGANJUR YANG MASIH MENEGAK BENANG BASAH!saya bukan memburukkan MPM tapi saya mengeji JPM-segelintirnya- dan si Khairi -termasuk sipengarah ekstival yang macam lembu cucuk hidung - yang betul2 bengong boleh membenarkan tariangelek keji masuk kekuis!

    saya tahu sangat bahkan anggap macam sahabatdah, si Rasyidi tu tak bersalah! saya tahulah cerita dia dipinggirkan pengarah ekstival yang ego mentang-mentang bosnya diploma dia pulak degree.

    ARTIKEL INI TIDAK MEMAKAN SESIAPA, TAPI IA AKAN MENZAHIRKAN KEBENARA SIAPA YANG PUNYA ANGKARA, ISU TUDUHAN TERHADAP ALAM MEMANG DIRANCANG, FITNAH DITABUR TIADA BUKTI!

    usah dikaitkan fitnah alam dengan kes ektival yang lepas. ia sangat jauh macam langit dan bumi.

    isu alam jelas, jika alam benar terlibat tak payah suruh JPM saya sendiri akan menghukum alam(dah ceritakan, kenapa tak baca muslimah oi!)usah berselindung jika betul salah!

    tapi, ia memang fitnah! takd video,takda saksi,takda bukti. semua khabar angin!

    harap muslimah banyak baca buku lagi untuk bezakan fitnah dan kritikan.

    ReplyDelete
  5. KONSPIRASI TERHADAP ALAM????HAHAHAHAHAH..think wiely before u post such ridiculous article..jgn salahkn students2 yg buat tuduhan..diorg bkn2 suka2 nk menuduh..diorg cuma tersalah membuat andaian je..bkn sje2 nk memfitnah ALAM..yela,yg dtg buat spotcheck 2 pn pakai purdah n memperkenalkan diri sbg org2 ALAM,so what else the students will think??lgpn pakai purdah utk buat jahat bkn taktik baru..taktik 2 memg dh dipraktikkn org2 yg berniat nk buat jahat even kt luar kuis..yela,nk tutup muka,xbg org cam katakn..but to say that it was a conspiracy,I don't think so..kalian kata fitnah itu berdosa,hbis 2 bkn ke dgn mngatakn tuduhan trhadap ALAM telah dirancang merupakan sebhgn drpd fitnah juga??u guys have true evidence ke dgn mngatakn begitu???dh la..bnda ni dh lepas dh pn..better berhati2 d kemudian hari..ktorg ni pn dh mcm trauma..kesian pd kenalan roomate sy yg mnjd mangsa dlm kes tersebut..

    ReplyDelete
  6. just dropping by again..erm,actually sy sbnrnya respect dgn sdr sbb sdr adalah individu yg plg 'tidak kedekut' dgn senyuman compared to the other ex-YDP MPM kuis..n xde plak nk cover2 tgkhlaku kononnya nk tunjuk pd umum yg sdr 2 pemimpin yg hebat like the other one..ok,good attitude..but that's doesn't mean you are a perfect guy..ok,sy nk tanya sdr knp di kuis ni ada gap yg sgt besar d atr bdk2 ALAM dgn student2 di kuis ni..kdg2 ada part of the students 2 ble dgr psl ALAM je,they jeer..why? can u write an article about that situation..nk tgk sejauh mana kepekaan sdr pd situasi tersebut..

    ReplyDelete
  7. oopss..one more I forgot to add..erm actually, ALAM is not perfect..ada sorg bdk ALAM 2 aku sruh wat asgnment pn bg mcm2 alasan..last2 aku yg kna wat sorg..where's the justice??jgn terburu2 menegakkan islam tanpa mengambil peduli keadaan sekeliling..bkn kah islam itu menyeluruh??? attitude pn pntg..apatah lg sbg students,komitmen n tanggungjawab perlu seiring..dh la,mls nk ckp byk..sendiri mahu fikir la..salam..

    ReplyDelete
  8. Penerangan yg amat jelas..
    Faham sudah apa sebenarnya yg berlaku mlm tu..

    Sgt berterima kasih..

    ReplyDelete

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com