Thursday, July 23, 2009

KERJA ALAMKAH ITU?

2 comments
Alangkah peliknya tiba-tiba saya dimaklumkan HAWA ALAM mengadakan spotcheck di kediaman siswi malam semalam (22 Julai 09). Dikatakan lagak bebudak ALAM semalam itu sungguh diluar ‘akhlak islamiyahlah’ dengan perilaku yang diluar batas manusiawi.(Merampas,memaksa,mengugut… dan Sekonyong-konyong bertambah ‘harummerbaklah’ nama ALAM yang sedang ‘mewangi’ diseantero KUIS ini.

Arakian saya yang dianggap orang ALAM pun dirujuk oleh beberapa pimpinan mahasiswa dengan membawa aduan bahawa sungguh tidak patutlah kerja bebudak ALAM itu,juga dikhabarkan Pengerusi BADAR ALAM pun dipanggil menghadap Tuanku JPM untuk ‘dibedah-siat’ mengapa ALAM sebegitu rupa, bertindak sewenang-wenang diluar bidang kuasa.

Maka saya pun mengambil jalan menyelidik berita yang datang itu,kerna menyanjung perintah Tuhan: Firmannya:-

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Al-Hujurat)

2 comments:

  1. Lebih baik kalau akhi jelaskan perkara yg sebenar di sebalik peristiwa itu di sini (pada blog akhi).

    Sekurang - kurangnya mahasiswa kuis dapat tahu hal yg sebenarnya yg telah menimpa ALAM.

    Saya akan berterusan menyokong kerja - kerja ALAM. Asalkan asas binaannya di dirikan di atas dasar serta syariat ISlam. ALlah always save ALAM.

    ReplyDelete
  2. http://parpukari.blogspot.com/search?updated-max=2009-08-04T20%3A27%3A00%2B08%3A00&max-results=10

    Blog ini telah mencemarkan nama KUIS dengan melemparkan tuduhan yang tidak sewajarnya kepada sahabat kita.Diharap ambil tindakan segera sebelum saya bertindak mengikut cara saya.

    AhliALAMNamunBUKANBudakALAM

    ReplyDelete

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com